JOM KOMEN KAT SINI..

TRAFFIK NAIK MACAM ROCKET

Jumaat, 19 Ogos 2011

Dendang Perantau


Dendang Perantau
Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau
  

Bila pagi tadi aku dihidangkan dengan lagu2 raya membuatkan aku terkenang zaman anak dara dulu bila dengar aje lagu "Dendang Perantau" yang dinyanyi oleh Tan Sri P. Ramlee ni buat hatiku jadi gundah gulana dibuatnya ditambah pulak tiket bas belum beli lagi tu yang risau gila. Maklumlah hidup bujang member2 satu rumah pulak bukannya satu negeri kalau tak leh tumpang balik sekali.

Pernah tahun bila aku pun dah tak ingat awal puasa aku nak beli tiket balik Muar dah habis rasa nak pitam aku dibuatnya....gila ni...x balik raya pulak aku nanti kat kepala ni dah terbayang wajah insan yg tersayang (emok & adik2) tak berseri kampung aku kalau aku tak balik kampung, cewah...

Last sekali ucu call tanya balik naik apa so aku story kat dia apa lagi dia gelakkan aku tension beb... ayat dia senang aje balik ngan ucu aje....

******* NAIK MOTOR *********

Bayangkan dari KL to Muar naik motor mahu putus pinggang aku rasa.......nilah yang dikatakan RAYA punya pasal naik aje dari tak balik kampung...
 

Tiada ulasan: