JOM KOMEN KAT SINI..

TRAFFIK NAIK MACAM ROCKET

Isnin, 9 Mei 2011

WELLCOME TO MY FAMILY

29/04/2011 Tarikh bersejarah bagi adikku Siti Mariam kerana ari itu diijabkabulkan dengan penuh shadu sekali maklumlah adik perempuan last so tinggal 2 orang adik lelaki aje ni..berkurun le jawabnya....

Tetamu yg datang tak henti2 termasuklah sanak-saudara, orang kampung, sahabat handai, keluarga yg jauh (singapore, KL, Seremban, Segamat, JB, Melaka) pun turut hadir. Emak & ayah aku tak menang tangan nak layan para tetamu walaupun penat & letih tapi kami sekeluarga sungguh rasa gembira & terharu dengan kunjungan kalian semua. Terima kasih kerana sudi meraikan majlis adik perempuan kami.

Malam nikah ala-ala arab
  
 sakan pengantin bergaya
Aku pulak tak dapat nak tolong sangat sebab Puteri deman merengek aje nak dokong cian dia sebab dia tak boleh tengok orang ramai sangat rimas agaknya.

Hijau + Pink tema colour pilihan raja sehari..
aku & pengantin
  Baju ni untuk acara potong kek n bergambar kat tepi laut

Sabar aje aku tengok...ni yg jelous ni rasa cam nak naik pelamin balik ni (heheheh).

Yang baju oren ni bertandang ke rumah pengantin lelaki terima kasih kerana layanan yg diberi sungguh istemewa. Pengapit adik aku tu anak buah sendiri..intan nama dia (anak buah lebih besar dari mak sedara).
Cuaca sangat panas kena pulak baju oren berasap pengantin...


Adik aku ni suka buat lawak tengok tu selamba aje dia, patutnya pengantin duk diam2 ni tak tak reti duk diam ada aje keja dia..

Apa2 pun Selamat Pengantin Baru moga kekal sepanjang hayat...amin
 
Pasti menjadi memori yang indah, selamat mejalani bahtera perkhawinan

Tiada ulasan: