JOM KOMEN KAT SINI..

TRAFFIK NAIK MACAM ROCKET

Selasa, 10 Mei 2011

BANYAK PERSAMAAN LEBIH SERASI

Memilih pasangan hidup adalah antara keputusan yang penting dalam menentukan masa depan. Jodoh dan pertemuan ketentuan Allah s.w.t namun menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha mencari yang terbaik. Perkahwinan adalah proses penyatuan dua hati dalam mencari keserasian untuk kehidupan yang indah. setiap pasangan mengimpikan kebahagiaan dan tidak pernah serik untuk mencari keserasian.

Go to fullsize imageKadang-kadang kita lupa bila kita dah berusia banyak kita terlepas pandang contohnya kurang bergaya, kebersihan diri, penjagaan diri dan banyak lagi. Bila umur meningkat senja kita mesti meluangkan masa untuk bersama untuk melepaskan tekanan kehidupan harian hanya sekadar bebual, menikmati makan malam/sarapan/minum petang atau masak bersama adalah salah satu terapi untuk meeratkan lagi hubungan diperingkat usia emas atau pun yang baru berumahtangga. Beberapa tip untuk meeratkan lagi hubungan suami isteri:-


*Memiliki persamaan dalam ilmu pengetahuan seperti politik, keagamaan dan hobi. Atau, memiliki satu atau dua persamaan yang mendalam seperti menyayangi haiwan atau melancong.

*Tawan hati pasangan dengan mempamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa seperti sama-sama gembira, sedih, terkejut, benci atau simpati.

*Mempunyai penafsiran yang sama tentang hubungan seperti tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian atau pengorbanan.

*Sentiasa membentuk ciri-ciri yang disukai dalam diri anda dan pamerkan kepada pasangan.

*Kasihi pasangan anda bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamour.

*Sentiasa membantu pasangan dalam mengukuhkan imej diri, merangsang semangat dan pupuk keyakinan dirinya.

*Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasikan pasangan. Elak daripada sikap suka berbohong.

*Selalu memberikan pujian berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada pasangan.

*Sentiasa mengulangi perkataan atau ayat yang disukai dan disenangi oleh pasangan kerana dia akan berasa sangat istimewa dan dihargai.

Moga hubungan yang muri sentiasa terjalin dengan lebih erat lagi tak kira usia semakin berusia semakin mendalam rasa cinta membara terhadap pasangan masing2.

(Petikan dari majalah nona- saya hanya menambah sedikit ungkapan)


Tiada ulasan: