JOM KOMEN KAT SINI..

TRAFFIK NAIK MACAM ROCKET

Khamis, 8 Mac 2012

PUTERIKU

PUTERIKU...

Salam pada sesiapa yang baca blog aku yang dah lama tak update maklumlak sejak akhir2 ni aku buzy ngan keluarga, kerja dan bermacam-macam benda....dah macam PM pulak...

Masa awal bulan Feb Puteri Qaseh Humairah dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar kerana Jankitan Kuman pada Paru-paru aku sangkan akan ditahan diwad tapi keadaan paru2 aku ku kritikal dan terus dimasukan di dalam ICU luluh hatiku bila melihat Puteri dipenuhi dengan wayar, tiub dan macam2 lagi.
Hanya tuhan aje yang tahu tika & saat itu, hati rasa menjerit2 bila melihat keadaan puteriku yang tidak sedar kerana doktor memberi 100% bantuan pernafasan. Bila doktor menerangkan padaku bahawa keadaan puteri amat kritikal sebab salur pernafasan puteri sangat sempit sebab itu doctor masuk tiub dari mulut hingga ke paru2 puteri supaya puteri boleh bernafas dengan baik dan doctor tidak sedarkan beberapa hari....

Kami sekeluarga berkampung dihospital....

Aku & suami hanya mampu berdoa kepadanya moga puteriku cepat sembuh, rindu betul nak melihat sinar matanya, setapi kali aku & suami datang melawat keadaan puteri seperti orang tidur sikit pun tak bergerak...

Masuk hari yang ke-3 keadaan puteri semakin kritikal kerana pernafasannya amat laju doctor sendiri tidak tahu macam mana boleh jadi begitu, tapi doc akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan nyawa Puteri...
Aku hanya mampu berserah kalau itu yang dijanjikan maka aku terima dengan hati yang ikhlas...

Tuhan masih sayangkan Puteri kerana tiub yang hendak dimasukan akhirnya berjaya.....

Tiada kata yang dapat aku lafaskan kerana dari pukul 8:00 malam hingga 2:00 pagi doc & nurse di wad ICU cuba pelbagai cara sehingga puteri di vaccum supaya badannya panas dan paru2 boleh mengembang...

Kami sekeluarga mengucapakan ribuan terima kasih kepada doctor2 & nurse diwad ICU (Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor) tidak dapat dibalas budi kalian semua tapi pasti tuhan yang akan membalasnya.......amin....amin..amin.

Dan kepada Ayah dan emak terima kasih kerana memberi kasih sayang yang tak terhingga pada Puteri tak dapat lin balas budi emak & ayah...

Buat akak & adik-adikku serta ipar2ku terima kasih kerana memberi sokongan moral dan mendoakan puteri supaya cepat sembuh....

1 ulasan:

Charlie berkata...

be strong mama, your princess gonna get well soon. Just pray and trust the One above