JOM KOMEN KAT SINI..

TRAFFIK NAIK MACAM ROCKET

Isnin, 11 April 2011

MISI BERJAYA

Dah beberapa hari x update blog aku, semalam sibuk ngan keja and masalah iqmal. Tapi akhirnya selesai juga satu persatu. Iqmal...aku pun x tahu cam na nak cakap kerap kena sakit perut dah bawak dia gi klinik & hospital for check-up tapi cam tu juga. X-ray x de apa2 cuma doc kata masalah gas terlebih dalam perut dia so x leh biarkan perut kosong kena makan kerap walaupun ckit..

Apa yg doc maklumlak pada aku semua aku dah ikut bermacam2 resapi telah aku cuba supaya iqmal minat nak makan....pancake, dadih, mee sup (ikut selera dia)...

Malam tadi aku paksa dia makan sayur...cian aku tgk dia dari start aku masak spi kesudah dia x henti2 nangis yg x tahan tu siap berdialog..."Kenapa adik jadi cam ni kena makan sayur, sayur x sedap pahit"...."cacing dlm perut adik x mati2 lagi ke"....macam2 rintihan bila kena makan sayur...seksa dibuatnya..aku temerang dia klu dia x makan sayur nanti cacing dlm perut dia x mati, klu dia makan sayur cacing mati....atlast makan juga sayur kobis yg aku goreng...

Nak tahu cam ne muka dia air mata dah x leh nak cakap mcm air terjun, bila sayur tu masuk aje dlm mulut dia cukup punya susah dia nak kunyah siap nak muntah2 lagi...aku maksa juga telan sayur tu...merah padam mukan dia...kesian pulak tapi klu dia x nak makan semua sayur aku pulak yg susah...(misi berjaya)


Budak takut makan sayur....

Tiada ulasan: