Salam semua untuk sahabat2 ku baik di FB, Nuffnang, Innit atau di mana saja yg sentiasa mengikuti perkembangan dunia siberku (perasaan cam ramai peminat pulak)..
Hari Ibu akan menjelang tiba tidak lama lagi so apa yg kita semua hendak hadiahkan untuk insan yang tersayang , yang melahirkan dan membesarkan tak kira waktu sentiasa ada disisi bila diperlukan...kaulah ratu..kaulah permata..(nak nangis ni ingat emak kat kpg). Teringat lagu mamat "IBU"..ohhh ibu kau disiram bayu pagi....(sambunglah yek). Kalau sesiapa yang tak ada ibu lagi tak pa kita sambut ibu mertua dan kalau ibu mertua pun tak ada kita sambut hari ibu bersama isteri tercinta kerana dialah yang melahirkan anak2 untuk kita.
Jasamu tak ternilai dengan segunung emas, cinta mu seluas angkasa yg tak berbelah bagi hanya dikau yang sentiasa berada ketika susah, senang, sedih, takut, marah, tak pernah merungut sekali pun anak2mu meniggalkan mu hanya air mata teman setiamu...
Wahai anak2 ingatlah jasa seorang ibu tua bukannya ia hendak wang ringgit tapi seteguk kasih sayang dari anak2 kerana kasih sayang membuat ia kuat untuk meneruskan perjalanan hidupnya...
Maka dengan hari ibu yg bakal menjelang tiba apakah hadiah yg patut kita berikan..calon2nya ialah:
a) Barang Kemas.
b) Kek
c) Makan bersama Ibu & keluarga tersayang
d) Masak untuk Ibu tersayang
e) Bawa bercuti dalam & luar negara
f) Ticket untuk ke umrah
g) Janji tak susahkan hati Ibu
h) Bercanda dipersisiran pantai bersama Ibu & Keluarga
i) Boucer untuk Ibu shopping
j) Tengok wayang bersama Ibu
k) Beli kereta untuk Ibu
So mana satu yg kau orang nak beri pada Ibu yang tersayang nanti. Kalau ada yang aku tertinggal leh lah kau orang cadangkan mana tahu kot2 leh guna pakai...hehehehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan