28/08/2004 tarikh keramat bagi kami berdua pada hari itu aku sah bergelar isteri buat suami tercinta, apa yg aku risaukan berakhir sudah penantian. Sepanjang tempoh pertunangan selama 2 tahun macam2 dugaan yg mendatang tapi kami tempoh bersama.
Tema majlis aku warna purple
Inilah suami aku saja aje bagi gambar hitam putih classic aje tengok... gambar ni lepas nikah. Aku nikah kat Masjid Parit Kassim, Muar, Johor. Lepas majlis nikah emak wat tahlil untuk arwah ayah aku yg lama dah meniggal dunia. Sebelah malam pulak majlis berini & merhaban walaupun wat malam tapi meriah yg amat kerana ramai sedara mara, rakan taulan & penduduk kampung datang dah macam raja sehari (memang pun raja sehari) masa tu kena le control ayu tak leh wat perangai tak senonoh.
Gambar ni aku ambil masa sebelum sanding mai ai panas lak tu pas tu kena duk kat atas rumput miang beb.. tak pe masa ni aje yg ada dalam sejarah hidup aku nak suruh aku duk atas pokok pun leh juga....
Masa aku pakai baju ni dah macam cina pulak muka aku ni memang iras2 cina mata sememangnya sepet sejak azli...
Kat tunggul yg mati le tu aku bergambar tu yg atuk aku marah dia cakap sudah gambar kat dalam rumah pulak kang pengsan penganti dok tengah panas..sayang gak atuk aku kat aku..
Semuanya kenangan terindah buat aku dan suami pada yg datang membantu aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua wat adik2ku uji & wan, amir, yong, yam, apit, ani & kak ngah serta abg ngah kalian sentiasa dihatiku.
Tiga bulan selepas aku berkhawin aku disahkan mengandung hati sapa yg tak suka bila doctor sahkan mengandung dua minggu. Suami aku orang pertama yg gembira yg amat sangat. Sepanjang tempoh mengandung tu teruk juga aku dapat alahan maklumlah anak pertama. Masuk 5 bulan aku scan doc kata kandungan aku ok & baby boy...wah bertambah gembira lah suami aku bila tahu anak lelaki. Cukup 9 bulan aku balik kampung bersalin di Hospital Pakar Sultanah Aminah. Pada 17/06/2005 aku dimasukan hospital kerana dah leaking. Tension gak duk kat hospital kejap2 doc dtg check tapi aku tak ada rasa nak bersalin pun doc kata dah 2cm tapi rasa macam biasa aje. Emak call suami aku balik cepat sbb aku dah nak bersalin, tapi bila suami aku sampai aje aku relax aje baca majalah. Pada malam 18/06/2005 aku dimasukan ke bilik besalin tuhan saja yg tahu cam mana hati ki ini. Semalamam aku duk kat bilik bersalin kadang2 aje aku rasa perut aku mengeras2 pas tu ok. 19/06/2005 pkl 7 pagi doc check aku dia kata kalau pkl 8 aku tak bersalin aku kena operation...kecut rasa perut aku bila dengar operation..takut. Tepat 8:30 pagi aku dah mula rasa sakit dan akhirnya aku pun selamat bersalin anak lelakiku...
Inilah hero aku yg bernama Muhammad Aliff Iqmal muka dia banyak iras2 kat aku dah macam jepun + korea yg penting iqmal sihat. Sejak kecil lagi Iqmal ni suka bergaya dialah penghibur kami berdua..
Nak jadi model agaknya......
Anak ke-dua aku pulak lahir pada 22/06/2010. Kedua2 bulan yg sama tak susah bila nak wat brithday nanti ni yg akan datang. Anak aku yg kedua ni alahan aku tak berapa sangat & senang aje. Tak banyak masalah bila nak lahirkan nya masuk bilik bersalin pukul 12:30tghari pukul 1:15 aku dah selamat bersalin. Semuanya selamat. Yang kedua in anak perempuan..wah sepasang aku dapat...alhamdulilah tuhan bagi rahmat kat kami suami isteri...
Geram aje tgk pipi dia temban aje. Sekarang ni emak aku yg jaga Puteri kalau dah besar sikit aku baru ambil jaga ni risau gak nak bagi orang jaga.
Permata hati Muhammad Aliff Iqmal & Puteri Qaseh Humairah
Sekianlah cerita tentang kehidupan aku moga2 tuhan rahmati perjalanan kami sekeluarga moga kasih kami bercambah dan cinta selalu tercipta setiap detik & tika. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan